SEMBANG HARI INI (PK001)
EMZAX CONSTRUCTION TIPS….
SEMBANG HARI INI…
PENGIRAAN KUANTITI UNTUK KONTRAKTOR – SIRI 1
“KALAU MALAS NAK MENGIRA… KALAU MALAS NAK BUAT KIRA2… DAN KALAU TAK TAHU NAK MENGIRA KUANTITI DAK KOS DAN TAK MAHU BELAJAR MENGIRA…………., TAK USAH JADI KONTRAKTOR!!................. KERANA ANDA TAK LAYAK JADI KONTRAKTOR”
Apa makna kenyataan di atas ya? Dan kenapa rata-rata, ramai kontraktor bijak akan menyetujui pernyataan di atas? Jom kita tengok…..
Ilmu pengiraan kuantiti adalah asas penting bagi sesiapa yang ingin menjadi kontraktor berjaya. Kuantiti bahan merujuk kepada jumlah material seperti simen, besi, batu bata, dan kayu serta lain2 bahan yang diperlukan dalam projek pembinaan. Senarai kuantiti (Bill of Quantities atau BOQ) merupakan dokumen rinci yang menyenaraikan semua komponen kerja dan kuantiti masing-masing, digunakan untuk anggaran kos dan penawaran tender.
Tanpa kemahiran pengiraan kuantiti ini, ramai kontraktor yang selalu pening kepala, dan tidak kurang juga yang jatuh tersungkur kerana berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti kerugian yang sangat besar, sub-kontraktor lari, projek sakit dan banyak lagi perkara buruk disebabkan pada awalnya kontraktor malas atau tidak tahu mengira cuba mengagak2 dalam membuat anggaran ketika membuat tender atau sebutharga tanpa menggunakan basis yang tepat dan relevant. Hasilnya, kontraktor mungkin akan menganggar terlalu rendah (risiko rugi) dan sebaliknya, sekiranya anggaran yang dibuat dan dimasukkan di dalam sebut harga atau tender terlalu tinggi, mereka tidak dapat bersaing dengan rakan kontraktor lain dan tidak akan memperolehi sebarang projek.
Belajar, dan Mengetahui cara mengira kuantiti dengan betul dapat membantu dalam pengurusan bajet, pengurangan sisa, dan juga pengambilan keputusan strategik. Ia juga memastikan transparansi dengan pihak pemilik projek dan meningkatkan reputasi profesional. Dalam industri pembinaan yang kompetitif, ilmu ini bukan sahaja wajib tetapi menjadi kelebihan bersaing. Oleh itu, pelatihan dalam pengiraan kuantiti adalah langkah penting untuk kejayaan jangka panjang sebagai kontraktor.
Jom sertai kami di Emzax Training, Bersama dengan Trainer yang sangat berpengalaman dalam Kursus CCD selama 2 hari… “Pengiraan Kuantiti, Pengiraan Kos Bahan Binaan dan Tender”.