Program Mata CCD

Di samping menganjurkan program Latihan Pengurusan (PLBK), EMZAX Management & Training juga menganjurkan Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD). Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) merupakan sebuah program yang dibangunkan oleh CIDB bagi meningkatkan pengetahuan dan penglibatan kontraktor dalam aktiviti industri pembinaan.

Penguatkuasaan Pengumpulan Mata CCD

Melalui Pekeliling CIDB Bil. 2/2008, setiap kontraktor dikehendaki mengumpul mata CCD mengikut gred pendaftaran di CIDB.

Objektif

 

Profesionalisme

 

Memastikan kontraktor dapat meningkatkan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kepakaran dan profesionalisme kontraktor dan industri pembinaan secara umumnya

 
 

Pengetahuan

 

Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan kontraktor dalam pelbagai aspek pengurusan projek pembinaan

 
 

Peserta/Kumpulan Sasaran

 

Kontraktor

 

Kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dari Gred G1 hingga G7.

 
 
 

Pengarah

 

Pemilik / Pengarah Syarikat / Pengurusan Syarikat.

 
 
 

Pekerja

 

Pekerja yang dicarum KWSP oleh majikan sahaja.

 
 

Mata CCD Mengikut Gred Pendaftaran

Bagi tujuan memperbaharui lesen kontraktor CIDB, mata CCD perlu dikumpulkan mengikut gred pendaftaran dan tahun yang ingin diperbaharui seperti berikut:

GredMata CCD yang diperlukan bagi Pembaharuan Pendaftaran Kontraktor
1 Tahun2 Tahun3 Tahun
G1 & G2102030
G3 & G4204060
G5 & G6306090
G74080120