Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLBK)

EMZAX Management & Training merupakan pusat latihan milik penuh Syarikat Zeal Emzax Management and Services yang telah ditubuhkan pada tahun 2024 dan merupakan Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLBK) yang diakredit oleh CIDB bagi melaksanakan program latihan pengurusan.
Pusat Latihan ini bertanggungjawab bagi menjalankan kursus latihan pengurusan kontraktor mengikut modul atau sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh CIDB. Program ini merupakan salah satu inisiatif CIDB bagi meningkatkan dan menyampaikan pengetahuan kepada kontraktor tempatan dengan berkesan secara berterusan. Peserta yang telah tamat dengan jayanya layak menerima Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP).

PESERTA YANG MENGHADIRI DAN BERJAYA MENAMATKAN KURSUS AKAN MEMPEROLEHI :
  • Sijil kehadiran dan mata CCD
  • Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP) hanya akan diberikan kepada peserta yang lulus ujian penilaian dan SKP yang dikeluarkan membolehkan kontraktor untuk menambah pengkhususan bidang kerja pada Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor CIDB

Tajuk Kursus yang Ditawarkan

Gred Kursus Tempoh
1 KURSUS PEMBINAAN JALAN DAN PAVEMENT ( CE01) 5 HARI
2 KURSUS PEMBINAAN JAMBATAN ( CE02) 5 HARI
3 KURSUS KERJA TANAH (CE36) 5 HARI