SEMBANG HARI INI (PM001)

🚧
🛣️ Suka Tak Suka, kita adalah pengguna setia Jalan-Jalan Raya…. Jalan raya adalah tulang belakang pembangunan, menghubungkan kawasan terpencil dengan pusat ekonomi, mengurangkan kos logistik, dan meningkatkan kualiti hidup melalui akses yang lebih baik ke perkhidmatan penting. Infrastruktur yang baik meningkatkan mobiliti penduduk dan barang, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi serta pembangunan wilayah.
⚠️ Namun, Jalan raya sering rosak dan berlubang dan ianya amat membahayakan pengguna jalan terutamanya pengguna motorsikal. Kita sering melihat jalan raya sering rosak walaupun jalan tersebut merupakan jalan yang baru Sahaja dibina. Pelik kan???
🔍 Antara punca kerosakan jalan adalah disebabkan kombinasi kenderaan lebih muatan, faktor cuaca (hujan lebat menyebabkan air bertakung dan melemahkan struktur), tanah mendap, dan penyelenggaraan yang kurang efisien. Jom tengok punca utama kerosakan jalan raya secara terperinci:
🧱 Sub-Grade Gagal: Ini merupakan punca yang paling kritikal tetapi ramai daripada kontraktor jalan cuba mengabaikannya. Sub-Grade merupakan permukaan tanah asli/tambak paling bawah yang dipadatkan (asas tanah) dengan nilai CBR yang ditetapkan. Lapisan jalan seperti sub-base, ACBC dan ACWC hanya akan dilakukan apabila subgrade melepasi spesifikasi dikehendaki. Kontraktor jalan perlu faham bahawa Kegagalan Sub-grade akan menggagalkan struktur jalan.
🚛 Kenderaan Berat & Lebihan Muatan: Kenderaan membawa beban melebihi had yang dibenarkan memberi tekanan melampau memendekkan jangka hayat jalan.
🌧️ Faktor Air dan Cuaca: Hujan lebat/banjir menyebabkan air meresap ke dalam asas jalan melalui rekahan, melemahkan ikatan antara asfalt dan batu, seterusnya menyebabkan jalan berlubang.
🌱 Keadaan Tanah Lemah: Tanah di Malaysia (terutamanya jenis gambut atau tanah liat/marine clay) mudah mendap dan beralun, menjadikan permukaan jalan tidak rata dan cepat rosak.
🛠️ Penyelenggaraan Kurang Efisien: Kualiti tampalan jalan yang tidak sempurna (tampalan sementara) dan kelewatan membaiki kerosakan kecil menyebabkannya menjadi lubang besar.
🔧 Utiliti Bawah Tanah: Kerja-kerja pemasangan kabel atau paip di bawah jalan raya tidak dipadatkan dengan sampurna dan sering meninggalkan kesan tampalan yang tidak rata dan membentuk lubang baru.
🚨 AWAS KONTRAKTOR KERJA JALAN…..!!!!🚨
⚡ Kerosakan jalan sering menjadi punca kemalangan maut, terutamanya bagi penunggang motosikal. Justru, kontraktor jalan perlu merasa bertanggungjawab dan menyedari bahawa kegagalan memenuhi spesifikasi pembuatan jalan terutamanya memandang ringan kepentingan Sub-Grade jalan mengakibatkan banyak jalan rosak dan berlubang dan mengundang kecelakaan di jalan raya.

Tags:

Read More Blogs